Wednesday, March 24, 2010

Berita Polis Kontinjen Perak - TEMUDUGA JUARA KECEMERLANGAN SUKARELAWAN POLIS DAN KADET POLIS SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE 203 TAHUN 2010

Berita Polis Kontinjen Perak

TEMUDUGA JUARA KECEMERLANGAN SUKARELAWAN POLIS DAN KADET POLIS SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE 203 TAHUN 2010

 

Isnin - 08 Februari 2010   

IPOH – Bertempat di Kompleks Latihan dan Sukan IPK, Pasir Putih, Ipoh telah berlangsung Temuduga Juara Kecemerlangan Sukarelawan Polis Dan Kadet Polis Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun 2010. Seramai 10 orang Sukarelawan Polis, 6 Insp. Kadet Sekolah serta 7 orang ahli Kadet Polis ditemuduga pada hari ini. Temuduga dijalankan dalam 2 sesi iaitu bagi Pegawai dan Kadet Polis ditemuduga disebelah pagi sementara temuduga bagi PVR diadakan di sebelah petang.  Pegawai temuduga terdiri daripada Supt. Zulkifli bin Bashir, Pegawai Turus Pentadbiran, IPK Perak, ASP Idrus bin Hanapiah, Pegawai Hal Ehwal Awam IPK Perak,  Encik  Mohd Ruselan bin Mior Hassan, Penyelia Korikulum (Pasukan Badan Beruniform) merupakan pegawai temuduga bagi Juara Kecemerlangan bagi Kadet Polis.  Sementara itu  Supt./SP Soon Mun Kheen,  Komandan Sukarelawan Polis Perak  turut sebagai Pegawai temuduga bagi temuduga Juara Kecemerlangan Sukarelawan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...